Kawan gua paling hancit zaman skolah dulu skarang pegawai tinggi "Navy". Kapal Selam kita tu dia la drivernyer. Tak silap gua lesen keter sampai sekarang dia takde lagi. Dengar citer fail time "side parking". Untuk yang pernah mencoba nak masuk "Navy" jangan putus asa. Kelas berenang dah banyak ada sekarang.
...........................................................................................
Seorang calon lelaki "frust" kerana permohannya untuk masuk "Navy" ditolak lalu pergi berjumpa dengan pegawai interview mana la tau kot-kot pegawai tu orang kampung dia ker. Boleh kawtim masuk ikut pintu belakang. Hampa, Sarjan misai tu langsung tak dikenalinya. Dalam hati calon berkata, muka macam abang sarjan gerak khas tapi keje "Navy" tak "in" langsung. Tuan!! saya rasa ada sedikit kesilapan atas keputusan tuan untuk mengagalkan saya untuk masuk "Navy". mmmm..pegawai tu berkata. Kamu tidak pandai berenang!! Pegi ambik kelas, taun depan datang lagi.
Tapi tuan, kalau nak tunjuk garang pun jangan nak tipu saya, jawab si calon. Tipu kepalaotak ko balas pegawai sambil trim hujung misai. Kawan saya pergi interview masuk tentera udara tu, lulus tuan. Dia tak pandai terbang pun. Pang!!!! Sarjan Misai kasi satu penampar kat calon. Bodoh!!..
Lu nanti geng "skot" bantai blog lu.. Baru lu tau.
ReplyDelete